Dulu kat rumah sebelum didirikan rumah batu (PPRT), rumah kecil dibina mengunakan papan dan kayu. Walaupun rumah kecil tapi halaman boleh tahan luar. Di hadapan dan di sebelah kanan ditanam pokok bunga kertas pelbagai warna. Bunga kertas bewarna putih, kuning, merah, merah jambu, oren, dua warna bercampur. Tapi sayang, dahulu tiada kemudahan digital, tidak dapat dirakam, hanya mampu ingat secebis memori masa dahulu.
Selain bunga kertas, di halaman rumah juga terdapat bunga loceng, jejarum dan bunga raya, bunga melur, bunga ros.
Selain pokok bunga, ada juga menanam sayur-sayuran seperti pokok kacang panjang, pokok jagung, sayur sawi, bendi, terung, petola, pokok cili, limau purut, limau bali, belimbing buluh, pokok mempelam dan beberapa tanaman lain.
Selepas didirikan rumah batu, kini ditanam pokok bunga raya berwarna oren, merah dan putih.
Mak pula rajin menaman. Sekarang ada pokok limau nipis, limau kasturi, limau purut, pokok kucai, cili, ulam raja, pokol mulberi pun ada. Pokok tebu dah ditebang.
Pokok Durian Belanda kecil lagi, pokom mempelam baru berbuah sekali. Poko kelapa ada satu, sekarang dah tinggi, pakai tangga pun tak boleh sampai.
Pokok pisang pun ada.
Comments
Post a Comment