Pemandangan dari Taman Negara Pulau Pinang 2

Pemandangan dari Taman Negara Pulau Pinang

 Aku dapat jejakkan kaki di sini bersama rakan sekelas yang turut menyertai trip kami ke Homestay Teluk Bahang. Budak kelas aku ramai orang bandar. Aku biasa-biasa je sebab aku memang orang kampung, rumah pun rumah papan je. Masakan pun lebih kurang sama juga, penduduk kampung ni ada juga aktiviti Nelayan.
Abah aku pun Nelayan juga dulu.

Aku tangkap gambar ni dan sebelum ni pada waktu pagi sebelum berkumpul untuk memulakan perjalanan kami ke Teluk Duyung. 

Oleh sebab cuaca tak berapa cerah dan hujan rintik-rintik, kami diberi baju hujan plastik dan di minta berhati-hati kerana jalan yang lincin. Aku pun tak berkesempatan menangkap gambar sepanjang perjalanan kami...
 Dah hampir kat titi, aku dah tak tahan memakai baju hujan. Terasa haba dan berpeluh....Aku buka baru okay walaupun hujan masih lagi rintik-rintik 

Comments