Pemandangan dari Bot di Geopark [6 gambar]

Naik bot di Geopark Langkawi
Singgah di Gua Kelawar dulu, tengok kelawar yang tergantung dalam gelap. Gelap gua tu.
di Jambatan ada informasi tentang Gua tu dan pasal kelawar
Jangan buat keluar makanan di gua tu sebab ada monyet yang berkeliaran

 Walaupun Abah aku seorang nelayan, aku tak pernah naik bot abah aku dan aku hanya tunggu kat jeti. di
Kadang-kadang takut juga naik bot ni. Lagi-lagi kalau berada di tengah-tengah lautan tak nampak darat dengan bot yang kecil.

Dekat Geopark ni ada juga buaya, kata pak cik tu. Tapi jarang jumpa sebab aktiviti manusia di sini dan buaya tak suka bunyi bising.

Kawan aku cakap, di mana ada udang galah, di situ ada buaya, ha aku baru tahu tahun lepas


 Pemandang yang cantik sepanjang perjalanan dengan bot ni.

Kami juga ada singgah di tempat pemeliharaan ikan di sekatar Geopark, tengok ikan-ikan yang dibela untuk di jual dalam sangkar.

Kami juga berpeluang untuk menyentuh ikan pari yang jinak.

Dan juga diberi penerangan tentang belangkas
dulu pun aku pernah makan telur belangkas.
Belangkas kini punyai nilai yang tinggi. Mempunyai darah berwarna biru yang mempunyai keguaan dalam perubatan. Tapi dah tak banyak dah. 

Masuk laluan dalam gua yang berbentuk mulut buaya
 Melihat burung helang di beri makan, burung helang diberi makan kulit ayam

Dalam bot, pak cik tu ada juga terangkan kegunaan pokok bakau yang mampu menahan tsunami dan cara pembesaran pokok bakau.

Boleh pula pakcik tu bergurau, ada zirafah kat situ 

    Bot, Pokok Bakau, Laut, Geopark Langkawi

Pokok Bakau, Laut, Geopark Langkawi

Gua, Laut, Geopark Langkawi

Pokok Bakau, Laut, Geopark Langkawi

Laut, Geopark Langkawi

Pokok Bakau, Laut, Geopark Langkawi

Comments