Jeti Pasir Panjang Laut

Di sini la tempat abah mencari rezeki, sebagai seorang nelayan
Aku tak pernah ikut abah kelaut, teringin juga kadang-kadang, tapi abah tak bagi. 
Mak aku dulu pun turut sama ikut abah kelaut.
Masa tsunami dulu, nasib baik tak jadi apa-apa kat abah sebab masa tu kat tengah laut tak nampak tanda-tanda ombak besar. Aku tangkap gambar ni masa beberapa hari pindah ke rumah sewa sebab nak buat rumah baru. 
Lagi 3 bulan rumah tu nak siap


Update 2018 (2203)
Abah meninggal dunia pada bulan Septembr 2011 semasa masih tinggal di rumah sewa. 
Awal tahun 2012, kami telah berpindah ke rumah PPRT yang dibina. Abah tak sempat tinggal di rumah baru. 

April 2012, aku ke Kuala Lumpur untu bekerja dan jauh dari keluarga. 
Tahun 2016 kau pulang ke Perak dan tinggal bersama keluarga sehingga kini. 

Home Sweet Home

  Jeti Pasir Panjang Laut, bot nelayan



Comments